Monday, December 26, 2011

siang malam.

siang kau malam
malam kau siang
dulu kau kelam
kini kau songsang




n/k : lebih lebih lagi sekarang, gua betul serabut.

Friday, December 23, 2011

kau dan semua.

aku menulis bukan untuk kau paham apa yang aku tulis
aku menulis bukan untuk kau alami apa yang aku rasa
aku menulis bukan untuk kau cuba apa yang aku kena
aku menulis untuk berkongsi dengan kau
dan semua




n/k : kejap menulis, kejap mampus.

Wednesday, December 21, 2011

kau perlu baca cara aku.

kau menyoal aku tentang cemburu. kata kau. kau sering cemburu dengan aku. kau tidak senang melihat aku rapat dengan siapa-siapa melainkan kau. wah. cukup tekad kau dengan aku. kau menyoal aku dengan persoalan yang aku sendiri tidak akan jawab.'tidak pernahkah kau cemburu melihat aku rapat dengan orang lain?' perlukah aku jawab. yang sebenarnya. kau masih belum dapat memahami aku lagi. jadi. untuk apa aku cemburu. kau tidak perlu tanyakan soalan itu kepada aku. baca saja cara aku. dalam-dalam.




n/k : tak perlu nak kabut sangat, gua belum kompom lagi.

Saturday, October 29, 2011

oh oh ohoi !

sejak dua tiga empat menjak ni, gua macam sibuk. 

macam. 

gua bukan orang yang jual produk pasaran pelbagai tingkat sebab nanti dapat tangkap gambar dengan kereta kereta mewah.

yang macam artis yang sibuk show kesana kemari promosi album bagai nak meletup satu dunia lagi le bukan. 

dah nak kata macam politikus yang sibuk menyampaikan dakyah entah apa benda tujuan songsang pun bukan. 

gua lagi le bukan macam pelajar yang berusaha, berdoa, bertawakal siapkan tugasan dan belajar macam orang gila supaya dapat empat rata setiap semester. 

gua kutu je. 

apa yang gua sibuk pun tak tau.

apa lahanat sibuk.

cehhhh!




n/k : gua buat buat sibuk.

Sunday, October 9, 2011

itu rindu.

aku tak pernah rasa rindu
pada yang bukan perlu
tapi
kau ajar aku erti rindu
untuk kau rindu itu perlu




n/k : gua cuba nak paham setiap benda berperasaan.

Monday, September 26, 2011

sekian lama.

silau cahaya
buat kembali saat masa
bersama semua
tiada yang tiada

dan kau kembali
buat sekian kali
kembali menanti
setiap memori

saat kau hirup udara segar dari pohon hutan
saat kau rasa tempias air dari renyai hujan
saat kau dengar suara kecil ketawa keriangan
saat kau sakit dijaga dengan kasih sayang
saat kau lesu bermain panas petang
saat kau hidu bunga matahari kembang
saat kau jatuh berlari dalam hutan
saat kau nyenyak tidur bersama teman
saat saat kau di sini
nikmati

dan kini
tiada apa yang lain pada mereka
bertambah berkurang
mereka tetap di sini
menunggu kau pulang

hulu terengganu




n/k : zaman fantasi kecil gua dah berlalu.

Monday, September 19, 2011

cuba jangan.

jangan
jangan cepat rasa bosan
jangan cepat rasa kesal
jangan cepat rasa malas
jangan cepat rasa cukup
jangan cepat rasa puas

cuba
cuba sampai dapat
cuba sampai tepat
cuba sampai ligat
cuba sampai lekat
cuba sampai penat




n/k : cuba dahulu, baru tahu.

Thursday, September 15, 2011

pasaran pelbagai tingkat 2.

mungkin kali ini
peluang itu datang lagi
meski tidak di situ
bukan di sebelah bangunan biru

pertama kau tolak
kedua tolak lagi?
ketiga mungkin muncul
keempat takkan mungkin

betul kata dia
beri peluang
bukan pada dia
pada kau seorang

skeptikal
lihat dan percaya
ikutkan sahaja

positif

subang jaya




n/k : mungkin dulu gua tolak peluang. sekarang gua nak tengok apa peluang yang dulu gua tolak boleh ubah hidup gua. sikit pun gua kira ok!

Saturday, September 10, 2011

haih.

penat
nak jaga hati
bukan
nak jadi hipokrit




n/k : kadang kadang gua makan hati, sakit hati jugak.

Thursday, September 8, 2011

senja kota.

bangku batu
melepaskan perih
pekikan gagak
menghiburkan sisa
baki penaga laut
deruman enjin
manusia dalam bas metro
langit merah cair
di balik wisma harvant
suara manusia
rezeki jalan tar
hari ini
deiva thirumagal
di pawagam colliseum
curi pandang
gadis air jagung
hulur tangan
si kecil pengemis
aku
tak sempat merasa
bangku kayu

laman tuanku abdul rahman




n/k : gua nak rasa klasik.

Monday, September 5, 2011

bersama tuhan.

mendekatkan diri dengan NYA adalah yang paling nyaman. hanyut bersama sama bacaan bacaan suci. leka seiring masa masa silam yang sia sia. yang kini pun kian sia sia. aku lalai. sering kaku, sering jauh, sering sepi, dengan NYA.

putrajaya




n/k : yang wajib tak tertunai.

Wednesday, August 24, 2011

berdiri satu malam.

sekalipun aku tidak bernafsu
aku tetap pada kau

seri kembangan




n/k : walaupun setan dah berantai, nafsu tetap ada.

Thursday, August 18, 2011

simfoni rakyat.

engkau menindas
semua tertindas
politik basi
si kuku besi

kenasionalan
keadilan
keagamaan
kedemokratikkan

hak dijunjung
sama rata
yang dikendung
jangan lupa

satu dijolok
seluruh pelosok
ringgit kau sodok
gari kau jerut

dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
dua tiga boleh kau curi
kalau sejuta pecah temberang

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dalam poket berkepal kau simpan
takkan semua orang tak tahu

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
jangan lari termengah mengah
ke dalam tanah akhirnya juga

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kalau otak belum bergegar
mari sini kami tunjukkan




n/k : gua diam tak bermakna gua tak ambil tahu. gua memerhati.

Monday, August 15, 2011

takperlurasasebelummasa.

seluk
dalam
dalam
sampai
kau
jumpa
puncak




n/k : usaha tangga kejayaan.

Friday, August 12, 2011

kabut serabut.

bila saat kau mahu keseorangan
ada saja yang meneman
bukan sekadar mengembirakan
segala kabut disertakan
cukup serabut

dan bila saat kau mahu berteman
tiada pula yang ikut segan
kabut kau keseorangan
sunyi sepi kitaran
hanya kekusutan

diam kau bising
bising kau kosong
kosong kau kabut
kabut kau serabut




n/k : memang takkan pernah rasa selesa.

Tuesday, August 9, 2011

terima?

memang kalau kita hidup saling nak membenci, tak ke mana. sampai bila kau nak benci? esok kau bangun, kau tatap dia. esok kau makan, kau tatap dia. esok kau mandi, kau tatap dia. perlu kah kau benci? kau bukan sehari dengan dia. esok esok dia lagi. lusa lusa dia lagi.bulan depan tahun depan dia lagi. terima lah dia sebagaimana dia terima diri kau. benci lagi?




n/k : gua memang tak boleh jauh dengan tembakau.

Sunday, August 7, 2011

bila perempuan.

bila perempuan
kawan kawan pun jadi lawan

bila perempuan
perkara biasa pun menyusahkan

bila perempuan
kau dah tak ada lain alasan?

puchong




n/k : perempuan memang beri pengaruh yang besar kepada lelaki.

Friday, August 5, 2011

bangun pagi.

6.00 pagi.

gua ke tandas.

rasa nya dah masuk dah subuh. subuh pun gua keliru masuk pukul berapa, tapi kali ni gua yakin. betul betul gua yakin.

terkejut gua pagi tu, mamat india sebelah sebelah bilik gua baru balik dari jamban.

gua rilek.

gua cakap je dalam hati,

"awal mamat india ni bangun tidur"

takpe, gua selesaikan urusan di jamban dulu.

selesai urusan gua, seorang lagi mamat india keluar bilik sambil bertuala di bahu.

kali ni gua tak cakap dalam hati lagi,

"awal bangun berader"

"eh, ouw, kelas aku pukul lapan"

gua diam.

betul gua terkejut.




n/k : gua kalau kelas pukul lapan, pukul tujuh empat puluh lima baru gua bangun. nasib baik gua tak tidur hari tu.

Wednesday, August 3, 2011

segala bagai.

patut rasa senang
segala bagai
semua ada
minta dapat
tak minta pun dapat
segala bagai
syurga neraka
pun dapat
sedia terima
segala bagai
dunia
akhirat ke mana mana




n/k : tapi, apa yang gua selalu dapat itu tidak selalunya indah.

Tuesday, August 2, 2011

bujang lah.

kau patut nikmati saat saat kau bujang
sebelum dibebani segala macam tanggungjawab

buat apa kau suka saat saat kau bujang
sebelum dipangkah dihalang segala gerak

macam mana nak bujang
kalau masih ingat kan dia




n/k : gua nak rasa panjang panjang masa bujang ni.

Tuesday, July 26, 2011

satu motosikal.

anak
ayah
anak
ibu
satu motosikal
apa mereka rasa
angin kering

kau
satu kereta
apa kau rasa
angin dingin

apa kau masih tak bertuah?

jalan kuching








n/k : rakyat malaysia memang pelbagai kan penggunaan perkataan 'SATU'. baru gua tahu.

50 meter.

hijau
teruskan memecut
sempat

lebuhraya persekutuan








n/k : gua sebat selagi sempat.

Saturday, July 23, 2011

cinta besar saya.

langkah satu
TENTUKAN OBJEKTIF

langkah dua
TIADA JALAN PINTAS

langkah tiga
YAKIN PADA DIRI

langkah empat
TIADA HALANGAN

langkah lima
BERGEMBIRA




n/k : langkah fleksibel yang terinspirasi dari tayangan filem tagalog, 'MY BIG LOVE'.

Sunday, July 17, 2011

kisah malam minggu.

sejam berlalu
bau
nafas mu
harum
badan mu
melekat lagi
ganggu

bercampur baur
bau
tembakau ku
tengit
muka ku
terlekat sama
kacau

genggam erat
belai manja
raut kemas
kucup rapat
aku

aku
daki
mu

shah alam








n/k : gua tertewas lagi.

Thursday, July 14, 2011

baik diam.

gila
aku dikeliling
golongan sederhana atas
golongan atasan
tak guna bercakap
baik aku diam
teruskan berjoget

cyberjaya








n/k : gua yang pilih nak merasa hidup dengan keadaan rimas macam ni.

Friday, July 8, 2011

siswa.

tidak perlu maha
kalau kau siswa itu
maha itu teragung
belum untuk kau
kalau semua di sekat
baru permulaan
hidup
kali ini betul
semua sendiri

cyberjaya








n/k : apa guna gua jadi siswa.

Wednesday, June 29, 2011

supang.

kehadapan saudari yang kini berada di kawasan yang agak hulu jika dibandingkan dengan kawasan saya yang konon nya maju serba serbi, moga sihat dan ceria hendak nya. apa khabar saudari? saya di sini sihat sihat ada nya tanpa apa apa penyakit yang serius dan boleh membawa maut. agak lama untuk saya memulakan satu cara interaksi kuno ini memandangkan saya sengaja menyibukkan diri dengan perkara perkara yang tidak sepatutnya, malah tidak menguntungkan diri saya langsung. saya bukan orang yang tidak menepati janji, apa yang di kata, itu lah yang di kota, harap nya. dengan itu, berbesar lah hati saya kiranya lembaran ini selamat tiba dan berada di kata kata saudari hendaknya. harap saudari juga gembira dan membaca sehingga ke noktah yang terakhir isi lembaran saya ini.

tak kenal maka tak cinta. orang melayu kita memang kaya dengan lenggok bahasa, dan inilah yang mencantikkan dan memberi rupa kepada bahasa kita, dan dengan bahasa inilah kita belajar dan membesar. tipu lah jika saya kata saya tidak kenal saudari. tapi apa yang saya kenal itu bukan lah secara menyeluruh atau keseluruhan nya, mungkin hanya pada zahir nya. ya, sudah lama saya ingin mengenali saudari dengan lebih mendalam, hingga ke dasar nya. saya sendiri tidak berapa pasti adakah selama kita berhubungan ini, kita sudah dapat mengenali dengan betul antara satu sama lain. bukan hanya kenal pada nama. kadang kala saya kesal, terlalu awal untuk saya jatuh dalam permainan ini. namun, belum sampai lagi rasa menyesal kerana bertemu saudari. tapi itu yang membuat saya berfikir, membuatkan saya lebih mengerti asam garam, erti dunia.

bukan saya kesal saya bertemu saudari. cuma, kadang kala kita sudah berada di luar kawalan pemikiran manusia yang waras. itu sebenarnya yang merosakkan. saya mungkin masih lagi di tahap yang ingin cuba mengenali dan memahami. bak kata sesetengah orang, saya masih tidak keruan. bukan mudah untuk kita mengenali dan memahami manusia. manusia cukup unik. semua manusia unik. saya amat pasti yang saudari juga tidak memahami dan mengenalisaya. bukankah begitu? itulah lumrahnya. kita yang berusaha untuk mencari maka nya kita juga lah yang berusaha untuk memahami nya. hidup kita bukan nya seperti komputer yang mempunyai butang 'ALT+F4' untuk kita segera lari dari segala perkara yang tidak diperlukan lagi.

mesti saudari terfikirkan apa sebenarnya maksud surat ini? teruskan berfikir.




n/k : surat gampang. baca memahami dan mengenali sebagai 'memahami' dan 'mengenali'.

Friday, June 24, 2011

kemari.

kemari lah
hibur kan aku
selesa kan aku
riang kan aku
hangat kan aku
gembira kan aku
nyaman kan aku
seronok kan aku
indah kan aku
bahgia kan aku
damai kan aku
ceria kan aku
hidup kan aku
betul kan aku

KEMARILAH.




n/k : tak habis ni sebenarnya.

Monday, June 13, 2011

lahanat.

aku dah rasa nikmat syurga dunia
ahhhh
LAHANAT!

brickfields








n/k : gua ingat seronok sangat, ceh.

Tuesday, June 7, 2011

pasaran pelbagai tingkat.

bila tiba masa manusia cuba mengubah hidup TIGA RATUS ENAM PULUH DARJAH dengan helaian kertas yang bernilai-nilai. tidak riuh semacam di pasar borong, tidak juga diam semacam di majlis orang mati,  sedang-sedang sahaja suara manusia-manusia itu. semua nya di sebelah bangunan biru. memuja-memuja. manusia itu terpaku tekun mendengar kata-kata yang memuja helaian kertas yang paling dikehendaki di dunia, ya, bernilai. aku terhimpit di tengah suara-suara manusia itu. aku belum buta untuk helaian-helaian kertas itu. cukup lah dengan beberapa helai. untuk hidup sendiri. HEBAT. manusia-manusia, semoga kau berjaya pusing TIGA RATUS ENAM PULUH DARJAH. aku, TAK NAK.

bandar tasik selatan








n/k : sekali gua dah kena.

Saturday, May 28, 2011

kalau ombak itu aku.

ombak sudah tidak memukul pasir
pantai yang berpasir
ombak kini menghempas konkrit
pantai yang berkonkrit

gelombang nya tetap sama
gelora nya tetap sama
bunyi sedikit kelainan

kalau ombak itu punyai perasaan
pasti sudah
dicaci
dimaki
diludah
dilahanat
kan konkrit itu
keras macam batu
bodoh

"sakitlah
aku mesra bersama pasir
membelai saat aku tiba
kau tidak
kau hempas aku balik
kau tidak mesra"

agak nya

port dickson








n/k : gua memang teringin ada rumah betul-betul tepi ombak.

Wednesday, May 25, 2011

cukup.

aku tahu aku rindu
bila aku ingat akan kau
cukuplah sekadar teringat.

seremban








n/k : bila gua nak pergi jauh, gua kena lari jauh-jauh.

Tuesday, May 24, 2011

bebas itu terbatas.

jiwa yang muda
seolah ingin bebas
gelora si merpati
terbang melayang
ke sana ke sini
tanpa batas sekatan
bukan bebas yang terbatas

bebas itu luas
bebas itu penuh makna
bebas itu penganugerahan
bebas itu nikmat puncak teratas

bukan untuk kau guna
ke simpang neraka
yang kau ingin rasa
demi pengalaman kau kata
memang celaka




n/k : sekarang gua KUTU.

Monday, May 16, 2011

cinta OKU.

cinta itu tidak buta pada aku.
aku yang buta pada cinta.




n/k : gua memang tak berapa nak pandai sangat bercinta ni.

Thursday, May 12, 2011

wanita ke perempuan?

sekarang ini memang zaman wanita, perempuan merokok. ye tak? bertudung atau tidak bertudung, ditangan pasti ada sebatang rokok SEJUK yang diselit rapi bersama pemetik api berjenama CRICKET. aktiviti sedut-hembus dinikmati dengan penuh sopan santun, menampakkan lagi keayuan wanita, perempuan yang merokok pada zaman globalisaSIAL ini. feewiit. zaman dah berubah kot. kalau lelaki boleh merokok, mengapa tidak wanita, perempuan? ye tak?

jalan ampang



n/k : apa beza wanita dan perempuan? gua bercakap tentang MELAYU.

Sunday, May 8, 2011

kiri kanan atas bawah

terumbang ambing
jauh dari atas
cuma perlukan
kiri pemikiran
kanan perlakuan
kini
di bawah




n/k : gua selalu ingat hidup ni macam roda.

Tuesday, April 26, 2011

hebat, sedar, dan layu.

manusia hanya menilai pada apa yang mereka nampak sahaja. bagi manusia. terhebat itu penting. kehebatan pada manusia perlu dipertunjukkan agar mereka megah dengan apa yang mereka ada. ada yang megah dengan apa yang mereka sangka mereka sudah ada tapi tidak sebenarnya. berbangga mereka jadi yang terhebat dari mereka yang tidak. yang layu terus layu. senyum pun kelu. mereka adalah manusia yang berbangga dengan kehebatan mereka hanya pada diri mereka. bisu. bagi yang sedar perlu bangkit menyedarkan manusia yang terhebat itu. dia juga hidup di dunia nilaian-nilaian manusia yang hanya pandang pada kehebatan yang ditunjuk-tunjuk. bersuara manusia yang sedar menyedarkan manusia yang hebat agar manusia yang layu itu terus hidup dengan bisu. agaknya.

taiping



n/k : yang hebat selalunya 'menang'.

Thursday, April 14, 2011

padanlah kau.

dulu kau tak merasa
semua nya biasa-biasa
tak perlu tergesa
apa kau fikir kau takkan dewasa
bergelaklah sentiasa
belum lagi masa

sekarang kau kabut
dilambung-lambung ribut
kau bukan pun di laut
mudah diri kau dikaut
bukan peluang yang kau rebut
baru kau duduk tersengguk

bukan nak salahkan kau
kau masih percaya diri
kau pun waras lagi
telunjuk mereka yang kau ikut
diri kau, kau sorok
padanlah.




n/k : memang bila gua dah kena, baru gua KABUT.

Sunday, April 10, 2011

jauh-jauh.

aku ingin menyelusuri
setiap rentak kehidupan
bersama kau
kerna aku yakin dan pasti
kau nadi ku

namun
maaf
andai aku tidak mampu
bersama kau
kerna
aku bukan siapa-siapa
sama sahaja seperti mereka
lebat menutur janji
pasti nya entah bila
aku juga mampu
tinggalkan engkau
walaupun
aku tidak mampu

tapi
yang pastinya
aku memang ingin pergi jauh
dengan kau
tunggu.




n/k : dah jauh sangat dah gua berfikir ni. JANJI YANG TAK BERAPA NAK JANJI.

Sunday, April 3, 2011

lajakan nafsu.

pernah terfikirkah
yang kita sebenarnya
sudah terlajak jauh
dari sepatutnya
tersasar dari dasar
yang kita sendiri
belum pasti pangkal nya
yang pasti nya
kita cukup seronok
dan cukup bersenang
dengan lajakan itu
tidak cukup sekali
lagi jauh kita terlajak
ya
itu yang merunsingkan
kepala otak aku
itu yang membebankan
gelora jiwa aku
jauh di benak hati aku
aku cukup rasa bersalah
ya
itu yang membuatkan aku rasa amat-amat bersalah
maaf
kerna kau terlibat sama.







n/k : gua buat salah, bila tak buat gua rasa rugi pulak.

Saturday, April 2, 2011

hurm.

kekecewaan
kemurungan
mendatangkan ilham
selalunya.




n/k : itu yang selalu membuatkan gua (kita semua sebenarnya) untuk berfikir dan mengeluh. gua KABUT.

Friday, April 1, 2011

puiiih.

aku rasa tak dihargai
















tak perlu hargai aku.




n/k : gua pernah berada di atas, dan gua pernah berada dibawah. SAMA SAJA.

Monday, March 28, 2011

celaka.

jangan nak kecam aku sangat lah.







n/k : teruk gua kena shoot.

perbetulkan semula.

kadang-kadang terfikir
apa yang aku buat ni?
betul ke apa yang aku buat ni?
kenapa aku buat semua ni?
apa semua ni?

memang
saat bahagia kau tidak fikir apa
saat bahagia kau raja
saat bahagia kau di istana
semua nya indah belaka
kaca kau kata permata
pahit kau manis sahaja
kau belum puas membuas
hari ini kau di puncak
bahagia

tapi
jangan kau menyesal kemudian nya
saat itu tiada guna
saat itu habuk belaka
ditiup angin ke mana-mana
kau tiada apa
permata rupanya kaca
manis pahit semula
meski kau masih belum puas
baru kau sedar
duka

tolonglah
perbetulkan aku semula
kau pun juga
esok kita tidak jangka
kaca
permata
pahit
manis
siapa yang tahu
aku mahu kebenaran
aku bermohon
perbetulkan.







n/k : saat gua betul-betul rasional.

masa terkedepan.

masa depan kita sudah ditentukan
hanya perlu ikut sahaja alirannya
betul ke?







n/k : gua puas dengan apa yang gua dapat, walaupun ada sekulit kekecewaan.

Thursday, March 24, 2011

bukan selalu.

jarang lagi membahagiakan daripada selalu
indahnya bersama kau
sungguh
aku ingin pergi jauh
dengan kau.







n/k : boleh jadi gua tak nak makan nasi hari-hari.

Wednesday, March 23, 2011

menentang.

bila kita memberontak
kita dapat apa yang kita nak
bila kita melawan
kita dapat apa yang kita inginkan








n/k : gua bukan kurang ajar, cuma kurang belajar.

Tuesday, March 22, 2011

khazanah.

aku duduk di tempat yang sering mendatangkan usaha
tempat yang sentiasa memberi aku semangat
untuk terus bernafas
tidak kira apa yang mencantas
nafasku

ada apa di sini
mereka kata
tiada apa-apa
aku kata
untuk mereka yang lena dan asyik
dengan kemodenan dunia
hingga lupa pada asal mereka
tiada dahulu
tiada sekarang

kayu dan kaca tidak bermakna
pada mereka yang buta
hati dan akal
dan tidak mengerti segala yang disebut-sebut
sebagai khazanah

aku tidak lupa
asal ku.

pasar seni








n/k : gua tidak faham pada mereka yang kata pepatah melayu sudah tidak releven pada zaman sekarang.

Sunday, March 13, 2011

peluang.

peluang
jangan dipersiakan.







n/k : gua selalu dapat peluang, gua juga yang salah pakai.

Thursday, March 10, 2011

kiriman kata tidak bernama.

wahai pemuda bangsa,

bangkitlah kamu kembali pada jalan yang benar. nescaya itu, kamu pasti akan mengecapi kejayaan hakiki. sedarilah bahawa segala potensi haruslah digunakan sebagai satu platform untuk engkau mencapai cita-cita mu. bukan mudah mengotai janji sebagaimana engkau sematkan azam. namun, dengan berkat dan restu dari ayah bonda, pasti kau akan berjaya kelak. setelah itu, janganlah dilupakan saat kau jatuh. jadikan ia satu pedoman untuk mematangkan diri. wadah bangsa penuh gemilang dengan adanya pemuda negara teras kemajuan.

kata-kata pujangga !




n/k : siapa gerangan manusia yang 'mengirimkan' pesanan ini kepada gua?, beliau pesan lagi kat gua, 'wake up!'.

Wednesday, March 9, 2011

siapa.

aku dan gua adalah aku dan gua.




n/k : sama kot.

Tuesday, March 8, 2011

bukan kita.

kenapa
harus kau menangis
atas dasar mereka
yang hanya berpura-pura
yang hanya bermain kata
yang lagak seribu gaya
namun tewas
atas alasan berbatu-batu
atas alasan merpati kian haru
ketandusan helah
yang mungkin lelah
antara jalanan perhubungan

atau
kau masih tidak paham
situasi pulau kecil
di hamparan lautan
kescil dan tidak memberi apa-apa
pada daratan yang gah
perlukan seni bina, mercu tanda
untuk kebanggaan
yang hanya ada
jika kau ada

situasi mereka, kita
mungkin sama
namu
kesan nya bukan pada kita
aku janji.




n/k : bukan sekali kau menangis.

Monday, March 7, 2011

penunggang.

buat penunggang
hujan bukan menyusahkan
hujan cuma menyukarkan sedikit pergerakan
bukan tidak boleh bergerak
lencun.

kepong







n/k : penunggang macam gua ni memang selalu menapak dengan penunggang-penunggang lain bawah jejambat.

nomad.

gua hidup nomad
sehari pindah
seminggu pindah
sebulan pindah
setahun pindah
diri tidak nomad.







n/k : masuk ni sudah 5 kali gua pindah-randah.

Sunday, March 6, 2011

aku aku.

aku bukan kau
kau bukan aku.








n/k : gua bukan sesiapa.

Thursday, March 3, 2011

hai kawan-kawan.

KURT COBAIN kata kawan adalah musuh yang kita kenali.

banyak sangat lah musuh yang gua dah kenal macam ni,
bukan apa,
memang ada kawan yang 'baik'-kot,
kawan yang macam haram pun ada kan,
depan layanan diraja,
belakang pijak hamba,
kiri menjatuhkan,
kanan sialan kau,
depan sejati balik,
konon,
"kita kawan kan?"




n/k : gua banyak kawan.

Tuesday, March 1, 2011

sudut itu.

sudut itu keseorangan
sunyi terbiar sepi
bukan tatapan manusia
bukan impian manusia

sudut itu masih keseorangan
sunyi terbiar sepi
melepas kemarahan manusia
melepas kesedihan manusia

sudut itu juga keseorangan
sunyi terbiar sepi
saksi penindasan manusia
saksi penginaan manusia

kuala kubu bharu





n/k : manusia buangan sistem politikus kecilan.

Friday, February 25, 2011

tetap pergi.

pergi
sekali lagi
tinggal lah semua
bila, mana, mengapa
masing-masing berserah

namun
tetap pergi.

tanjung piandang




n/k : pakcik gua yang ke berapa entah sudah 'pergi'.

Thursday, February 24, 2011

kau.

kau cukup pandai menyimpan perasaan
aku yang dungu.




n/k : atau gua yang perasan.

Tuesday, February 22, 2011

hidup kembali.

dia cuba bernyawa
dengan hilai tawa
bukan mudah terbawa
hiruk pikuk dunia
apa pun dia ketawa
peduli kata mereka

sedar tidak sedar
masih jauh lagi
yang penting baginya
selesai amanat dunia
akhirat peduli apa
jauh tersasar

mungkin
pentas itu menjadi saksi
dirinya bernafas kembali
dengan cara yang tersendiri
cukup untuk dirinya
mengerti.




n/k : cuba untuk hidup dan bernafas semula dengan apa yang gua suka, bukan untuk siapa-siapa.

sama.

ya
dulu kau kata sempurna
tapi tidak sekarang
kita sama saja






n/k : rakan yang dulu menasihati gua jangan ambil tembakau, kini sama macam gua.