Thursday, August 18, 2011

simfoni rakyat.

engkau menindas
semua tertindas
politik basi
si kuku besi

kenasionalan
keadilan
keagamaan
kedemokratikkan

hak dijunjung
sama rata
yang dikendung
jangan lupa

satu dijolok
seluruh pelosok
ringgit kau sodok
gari kau jerut

dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
dua tiga boleh kau curi
kalau sejuta pecah temberang

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dalam poket berkepal kau simpan
takkan semua orang tak tahu

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
jangan lari termengah mengah
ke dalam tanah akhirnya juga

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kalau otak belum bergegar
mari sini kami tunjukkan




n/k : gua diam tak bermakna gua tak ambil tahu. gua memerhati.

12 comments:

cik pha said...

suka pulak aku baca pantun kau ni.makna nia bersirat2

Fiq Vertigo said...

ramai manusia pemerhati. salah satunya bernama tiang lampu trafik!

aisyahnaqiah said...

nice pantun !
haha .

Nadia said...

yeh! yeh!

pemuzik jalanan said...

Awesome nih.
Memang tembak tepat kena kepala sorang sorang.

Amna.Qadeeja said...

yes ske jdi pmerhati juga. cun pantun kehkehkeh

Rex Hanif said...

diam ubi berisi mad

dayya said...

kehkehkeh. pejam mata, telinga masih mendengar.

:)

vampire's lovex said...

rasa nak copy paste haaaaaaa...

ko gegar kan otak dorang wehhhh ko gegar...

shafiqahsharudin said...

sumpah aku suka seni kau. mari kita kongsi. =)

shafiqahsharudin said...

sumpah aku suka seni kau. mari kita kongsi. =)

firdaus yahya said...

pemberontak