Saturday, October 29, 2011

oh oh ohoi !

sejak dua tiga empat menjak ni, gua macam sibuk. 

macam. 

gua bukan orang yang jual produk pasaran pelbagai tingkat sebab nanti dapat tangkap gambar dengan kereta kereta mewah.

yang macam artis yang sibuk show kesana kemari promosi album bagai nak meletup satu dunia lagi le bukan. 

dah nak kata macam politikus yang sibuk menyampaikan dakyah entah apa benda tujuan songsang pun bukan. 

gua lagi le bukan macam pelajar yang berusaha, berdoa, bertawakal siapkan tugasan dan belajar macam orang gila supaya dapat empat rata setiap semester. 

gua kutu je. 

apa yang gua sibuk pun tak tau.

apa lahanat sibuk.

cehhhh!




n/k : gua buat buat sibuk.

Sunday, October 9, 2011

itu rindu.

aku tak pernah rasa rindu
pada yang bukan perlu
tapi
kau ajar aku erti rindu
untuk kau rindu itu perlu




n/k : gua cuba nak paham setiap benda berperasaan.

Monday, September 26, 2011

sekian lama.

silau cahaya
buat kembali saat masa
bersama semua
tiada yang tiada

dan kau kembali
buat sekian kali
kembali menanti
setiap memori

saat kau hirup udara segar dari pohon hutan
saat kau rasa tempias air dari renyai hujan
saat kau dengar suara kecil ketawa keriangan
saat kau sakit dijaga dengan kasih sayang
saat kau lesu bermain panas petang
saat kau hidu bunga matahari kembang
saat kau jatuh berlari dalam hutan
saat kau nyenyak tidur bersama teman
saat saat kau di sini
nikmati

dan kini
tiada apa yang lain pada mereka
bertambah berkurang
mereka tetap di sini
menunggu kau pulang

hulu terengganu




n/k : zaman fantasi kecil gua dah berlalu.

Monday, September 19, 2011

cuba jangan.

jangan
jangan cepat rasa bosan
jangan cepat rasa kesal
jangan cepat rasa malas
jangan cepat rasa cukup
jangan cepat rasa puas

cuba
cuba sampai dapat
cuba sampai tepat
cuba sampai ligat
cuba sampai lekat
cuba sampai penat




n/k : cuba dahulu, baru tahu.

Thursday, September 15, 2011

pasaran pelbagai tingkat 2.

mungkin kali ini
peluang itu datang lagi
meski tidak di situ
bukan di sebelah bangunan biru

pertama kau tolak
kedua tolak lagi?
ketiga mungkin muncul
keempat takkan mungkin

betul kata dia
beri peluang
bukan pada dia
pada kau seorang

skeptikal
lihat dan percaya
ikutkan sahaja

positif

subang jaya




n/k : mungkin dulu gua tolak peluang. sekarang gua nak tengok apa peluang yang dulu gua tolak boleh ubah hidup gua. sikit pun gua kira ok!

Saturday, September 10, 2011

haih.

penat
nak jaga hati
bukan
nak jadi hipokrit




n/k : kadang kadang gua makan hati, sakit hati jugak.

Thursday, September 8, 2011

senja kota.

bangku batu
melepaskan perih
pekikan gagak
menghiburkan sisa
baki penaga laut
deruman enjin
manusia dalam bas metro
langit merah cair
di balik wisma harvant
suara manusia
rezeki jalan tar
hari ini
deiva thirumagal
di pawagam colliseum
curi pandang
gadis air jagung
hulur tangan
si kecil pengemis
aku
tak sempat merasa
bangku kayu

laman tuanku abdul rahman




n/k : gua nak rasa klasik.

Monday, September 5, 2011

bersama tuhan.

mendekatkan diri dengan NYA adalah yang paling nyaman. hanyut bersama sama bacaan bacaan suci. leka seiring masa masa silam yang sia sia. yang kini pun kian sia sia. aku lalai. sering kaku, sering jauh, sering sepi, dengan NYA.

putrajaya




n/k : yang wajib tak tertunai.

Wednesday, August 24, 2011

berdiri satu malam.

sekalipun aku tidak bernafsu
aku tetap pada kau

seri kembangan




n/k : walaupun setan dah berantai, nafsu tetap ada.

Thursday, August 18, 2011

simfoni rakyat.

engkau menindas
semua tertindas
politik basi
si kuku besi

kenasionalan
keadilan
keagamaan
kedemokratikkan

hak dijunjung
sama rata
yang dikendung
jangan lupa

satu dijolok
seluruh pelosok
ringgit kau sodok
gari kau jerut

dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
dua tiga boleh kau curi
kalau sejuta pecah temberang

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dalam poket berkepal kau simpan
takkan semua orang tak tahu

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
jangan lari termengah mengah
ke dalam tanah akhirnya juga

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kalau otak belum bergegar
mari sini kami tunjukkan




n/k : gua diam tak bermakna gua tak ambil tahu. gua memerhati.