Monday, September 26, 2011

sekian lama.

silau cahaya
buat kembali saat masa
bersama semua
tiada yang tiada

dan kau kembali
buat sekian kali
kembali menanti
setiap memori

saat kau hirup udara segar dari pohon hutan
saat kau rasa tempias air dari renyai hujan
saat kau dengar suara kecil ketawa keriangan
saat kau sakit dijaga dengan kasih sayang
saat kau lesu bermain panas petang
saat kau hidu bunga matahari kembang
saat kau jatuh berlari dalam hutan
saat kau nyenyak tidur bersama teman
saat saat kau di sini
nikmati

dan kini
tiada apa yang lain pada mereka
bertambah berkurang
mereka tetap di sini
menunggu kau pulang

hulu terengganu




n/k : zaman fantasi kecil gua dah berlalu.

Monday, September 19, 2011

cuba jangan.

jangan
jangan cepat rasa bosan
jangan cepat rasa kesal
jangan cepat rasa malas
jangan cepat rasa cukup
jangan cepat rasa puas

cuba
cuba sampai dapat
cuba sampai tepat
cuba sampai ligat
cuba sampai lekat
cuba sampai penat




n/k : cuba dahulu, baru tahu.

Thursday, September 15, 2011

pasaran pelbagai tingkat 2.

mungkin kali ini
peluang itu datang lagi
meski tidak di situ
bukan di sebelah bangunan biru

pertama kau tolak
kedua tolak lagi?
ketiga mungkin muncul
keempat takkan mungkin

betul kata dia
beri peluang
bukan pada dia
pada kau seorang

skeptikal
lihat dan percaya
ikutkan sahaja

positif

subang jaya




n/k : mungkin dulu gua tolak peluang. sekarang gua nak tengok apa peluang yang dulu gua tolak boleh ubah hidup gua. sikit pun gua kira ok!

Saturday, September 10, 2011

haih.

penat
nak jaga hati
bukan
nak jadi hipokrit




n/k : kadang kadang gua makan hati, sakit hati jugak.

Thursday, September 8, 2011

senja kota.

bangku batu
melepaskan perih
pekikan gagak
menghiburkan sisa
baki penaga laut
deruman enjin
manusia dalam bas metro
langit merah cair
di balik wisma harvant
suara manusia
rezeki jalan tar
hari ini
deiva thirumagal
di pawagam colliseum
curi pandang
gadis air jagung
hulur tangan
si kecil pengemis
aku
tak sempat merasa
bangku kayu

laman tuanku abdul rahman




n/k : gua nak rasa klasik.

Monday, September 5, 2011

bersama tuhan.

mendekatkan diri dengan NYA adalah yang paling nyaman. hanyut bersama sama bacaan bacaan suci. leka seiring masa masa silam yang sia sia. yang kini pun kian sia sia. aku lalai. sering kaku, sering jauh, sering sepi, dengan NYA.

putrajaya




n/k : yang wajib tak tertunai.