Saturday, May 28, 2011

kalau ombak itu aku.

ombak sudah tidak memukul pasir
pantai yang berpasir
ombak kini menghempas konkrit
pantai yang berkonkrit

gelombang nya tetap sama
gelora nya tetap sama
bunyi sedikit kelainan

kalau ombak itu punyai perasaan
pasti sudah
dicaci
dimaki
diludah
dilahanat
kan konkrit itu
keras macam batu
bodoh

"sakitlah
aku mesra bersama pasir
membelai saat aku tiba
kau tidak
kau hempas aku balik
kau tidak mesra"

agak nya

port dickson








n/k : gua memang teringin ada rumah betul-betul tepi ombak.

Wednesday, May 25, 2011

cukup.

aku tahu aku rindu
bila aku ingat akan kau
cukuplah sekadar teringat.

seremban








n/k : bila gua nak pergi jauh, gua kena lari jauh-jauh.

Tuesday, May 24, 2011

bebas itu terbatas.

jiwa yang muda
seolah ingin bebas
gelora si merpati
terbang melayang
ke sana ke sini
tanpa batas sekatan
bukan bebas yang terbatas

bebas itu luas
bebas itu penuh makna
bebas itu penganugerahan
bebas itu nikmat puncak teratas

bukan untuk kau guna
ke simpang neraka
yang kau ingin rasa
demi pengalaman kau kata
memang celaka




n/k : sekarang gua KUTU.

Monday, May 16, 2011

cinta OKU.

cinta itu tidak buta pada aku.
aku yang buta pada cinta.




n/k : gua memang tak berapa nak pandai sangat bercinta ni.

Thursday, May 12, 2011

wanita ke perempuan?

sekarang ini memang zaman wanita, perempuan merokok. ye tak? bertudung atau tidak bertudung, ditangan pasti ada sebatang rokok SEJUK yang diselit rapi bersama pemetik api berjenama CRICKET. aktiviti sedut-hembus dinikmati dengan penuh sopan santun, menampakkan lagi keayuan wanita, perempuan yang merokok pada zaman globalisaSIAL ini. feewiit. zaman dah berubah kot. kalau lelaki boleh merokok, mengapa tidak wanita, perempuan? ye tak?

jalan ampang



n/k : apa beza wanita dan perempuan? gua bercakap tentang MELAYU.

Sunday, May 8, 2011

kiri kanan atas bawah

terumbang ambing
jauh dari atas
cuma perlukan
kiri pemikiran
kanan perlakuan
kini
di bawah




n/k : gua selalu ingat hidup ni macam roda.

Tuesday, April 26, 2011

hebat, sedar, dan layu.

manusia hanya menilai pada apa yang mereka nampak sahaja. bagi manusia. terhebat itu penting. kehebatan pada manusia perlu dipertunjukkan agar mereka megah dengan apa yang mereka ada. ada yang megah dengan apa yang mereka sangka mereka sudah ada tapi tidak sebenarnya. berbangga mereka jadi yang terhebat dari mereka yang tidak. yang layu terus layu. senyum pun kelu. mereka adalah manusia yang berbangga dengan kehebatan mereka hanya pada diri mereka. bisu. bagi yang sedar perlu bangkit menyedarkan manusia yang terhebat itu. dia juga hidup di dunia nilaian-nilaian manusia yang hanya pandang pada kehebatan yang ditunjuk-tunjuk. bersuara manusia yang sedar menyedarkan manusia yang hebat agar manusia yang layu itu terus hidup dengan bisu. agaknya.

taiping



n/k : yang hebat selalunya 'menang'.

Thursday, April 14, 2011

padanlah kau.

dulu kau tak merasa
semua nya biasa-biasa
tak perlu tergesa
apa kau fikir kau takkan dewasa
bergelaklah sentiasa
belum lagi masa

sekarang kau kabut
dilambung-lambung ribut
kau bukan pun di laut
mudah diri kau dikaut
bukan peluang yang kau rebut
baru kau duduk tersengguk

bukan nak salahkan kau
kau masih percaya diri
kau pun waras lagi
telunjuk mereka yang kau ikut
diri kau, kau sorok
padanlah.




n/k : memang bila gua dah kena, baru gua KABUT.

Sunday, April 10, 2011

jauh-jauh.

aku ingin menyelusuri
setiap rentak kehidupan
bersama kau
kerna aku yakin dan pasti
kau nadi ku

namun
maaf
andai aku tidak mampu
bersama kau
kerna
aku bukan siapa-siapa
sama sahaja seperti mereka
lebat menutur janji
pasti nya entah bila
aku juga mampu
tinggalkan engkau
walaupun
aku tidak mampu

tapi
yang pastinya
aku memang ingin pergi jauh
dengan kau
tunggu.




n/k : dah jauh sangat dah gua berfikir ni. JANJI YANG TAK BERAPA NAK JANJI.

Sunday, April 3, 2011

lajakan nafsu.

pernah terfikirkah
yang kita sebenarnya
sudah terlajak jauh
dari sepatutnya
tersasar dari dasar
yang kita sendiri
belum pasti pangkal nya
yang pasti nya
kita cukup seronok
dan cukup bersenang
dengan lajakan itu
tidak cukup sekali
lagi jauh kita terlajak
ya
itu yang merunsingkan
kepala otak aku
itu yang membebankan
gelora jiwa aku
jauh di benak hati aku
aku cukup rasa bersalah
ya
itu yang membuatkan aku rasa amat-amat bersalah
maaf
kerna kau terlibat sama.







n/k : gua buat salah, bila tak buat gua rasa rugi pulak.